Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 30 April 2018

RENCANA impak media baru kepada masyarakat


Media baru merupakan sebuah adaptasi media tradisional kepada yang lebih canggih dengan menggunakan internet. Jika zaman dahulu, masyarakat menggunakan radio, suarat khabar dan juga televisyen untuk mendapatkan informasi terkini. Namun sekarang, segalanya berubah apabila munculnya internet yang kini diperbaharui dalam pelbagai bentuk . Sebagai contoh ialah surat khabar, masyarakat kini tidak perlu lagi berpusu pusu untuk keluar membeli surat kahabar, hanya dengan melayari laman sesawang sahaja segala berita boleh didapati dengan mudah tidak kiralah berita dari dalam mahupun diluar negara. Bukan itu sahaja, saluran lain seperti radio, televisyen dan telefon bimbit juga kini diubah menjadi media baru dan secara tidak langsung memberi impak kepada masyarakat yang menggunakannya.
Antara impak media baru kepada masyarakat ialah, memberi hiburan. Seperti yang diketahui bahawa media baru ini berasaskan media tradisional. Oleh itu, masyarakat lebih selesa menggunakan media baru bagi mendapatkan hiburan berbanding keluar untuk menonton filem dipawagam ataupun menghadiri apa apa konsert . Sebagai contoh, menonton drama atau filem antarabangsa di televisyen melalui saluran ‘netflix’. Saluran ini menggunakan internet dan ianya juga boleh diakses hanya melalui televisyen .Tambahan, masyarakat kini juga mampu menonton apa apa saluran dengan menggunakan gajet mereka iaitu telefon bimbit. Tidak kiralah, sama ada ianya secara langsung ataupun tidak sebagai contoh, menonton perlawanan bola sepak yang bersiaran secara langsung. Sebelum tercetusnya era globalisasi, internet hanya boleh dilayari dengan menggunakan komputer sahaja. Namun kini, segala galanya berada dihujung jari.
Seterusnya, dengan adanya media baru masyarakat dapat mencari maklumat dengan lebih mudah. Misalnya, suri rumah kini tidak perlu lagi keluar untuk membeli majalah masakan ataupun menghadiri mana mana kelas memasak, mereka hanya perlu mencari maklumat dilaman sesawang yang menayangkan pelbagai resipi. Bukan hanya menyediakan resipi, malah mereka juga boleh menonton tutorial atau kaedah masakan dengan hanya menerusi Youtube sahaja . Lebih menarik lagi, media baru juga memberi banyak tips cara penjagaan rumah dan kereta kepada masyarakat. Hal ini demikian, mampu menjimatkan kos daripada membeli majalah di pasaran . Lantaran itu juga, impak media baru boleh digunapakai oleh golongan pelajar untuk mencari maklumat sebagai alat bantuan belajar mereka disekolah . Dengan adanya media baru, fikiran pelajar akan lebih terbuka dan secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar tentang sesuatu subjek dengan lebih terperinci lagi.
Kemudian, media baru memudahkan lagi kerja harian bagi masyarakat yang menggunakannya . Buktinya, kini dapat kita lihat di laman laman sosial terlampau banyak lambakkan peniaga yang berniaga secara atas talian berbanding diluar talian. Hal ini berlaku kerana, marcapada kini masyarakat lebih gemar membeli barangan keperluan mereka dengan kaedah‘window shopping’ yang bermaksud membeli belah melalui online sahaja. Rata rata masyarakat menganggap bahawa membeli belah menerusi atas talian lebih berbaloi kerana tidak perlu membazir waktu dan tenaga untuk keluar membeli barangan tersebut . Namun, masih ada juga segelintir masyarakat yang gemar melihat dan menilai produk sebelum mengambil keputusan untuk membelinya. Disamping itu, perbankkan secara atas talian juga sebenarnya memudahkan urusan masyarakat. Ini kerana, masyarakat yang tahu kegunaan media baru tidak lagi akan beratur panjang di kaunter untuk membayar bill. Segala pembayaran boleh dilakukan dirumah dengan menggunakan bank secara atas talian seperti cimb klik dan maybank2u.com.
Bukan itu sahaja,impak media baru kepada masyarakat mampu menjadikan seseorang individu itu lebih celik IT. Hal ini demikian sedikit sebanyak membantu dari segi kemajuan negara menjelang negara maju 2020. Media baru semestinya banyak memberi input kepada golongan muda dan tanpa kita sedar sebenarnya kita mampu melahirkan generasi yang berpengetahuan luas dalam semua aspek. Tambahan, golongan muda merupakan harapan negara dan sudah semestinya masa hadapan negara kita akan lebih cerah kerana mempunyai generasi yang berintegriti. Namun, golongan tua juga boleh menggunakan media baru memandangkan arus perdana yang semakian  giat di negara kita ini menyebabkan golongan tua tidak terkecuali.
Menerusi media baru juga sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga mahupun kenalan. Misalnya, telefon bimbit kini bukan sahaja mampu berhubung dengan orang yang jauh menerusi panggilan malah mampu melihat wajah individu tersebut walaupun berada beribu batu jauhnya. Kemudian, dengan wujudnya media baru sedikit sebanyak membuka peluang kepada individu yang memerlukan bantuan dari segi kesihatan ataupun keperluan harian. Sebagai contoh, rancangan bersamamu di TV3 yang berperanan menampilkan keluarga ataupun individu dimana golongan tersebut memerlukan sumbangan dari orang ramai. Demikian itu, boleh dikatakan bahawa media baru sememangnya dapat menguatkan lagi hubungan silaturahim kerana masyarakat yang mahu menyalurkan bantuan boleh terus berhubung dengan individu berkenaan  berdasarkan maklumat yang dipaparkan oleh pihak penerbit ataupun menghantar sumbangan menerusi email kepada pihak penerbitan untuk disalurkan kepada individu yang memerlukan.
Media baru juga boleh menjadi rujukan kesihatan untuk masyarakat . Dalam kita tidak sedar, sememangnya cara penjagaan kesihatan dan solusi dengan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat ada di dalam media baru ini. Bukan cara  mengatasi masalah kesihatan sahaja,  malahan cara pembedahan yang dilakukan oleh doktor juga boleh dilihat dengan lebih jelas dan terperinci. Misalnya, ibu mengandung yang bakal melahirkan anak dan diberi dua pilihan  untuk melahirkan secara normal mahupun sebaliknya . Dengan melalui media, para ibu boleh membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Tambahan segala risiko dan kemungkinan yang boleh berlaku juga akan diketengahkan. Maka dengan itu wanita yang melahirkan anak tersebut akan lebih berhati hati dalam melakukan sebarang pergerakkan.
Justeru dengan itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak impak media baru kepada masyarakat yang barangkali kita tidak sedar ianya merupakan sebuah kesan yang terjadi dalam diri masyarakat kita yang menggunakan media baru dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya ialah, memberi hiburan, masyarakat dapat mencari maklumat dengan mudah , memudahkan kerja harian, menjadikan masyarakat lebih celik It, mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan akhir sekali, menjadi rujukan kesihatan kepada msyarakat . Sebenarnya terdapat begitu banyak kesan media sosial kepada masyarakat . Sekiranya masyarakat di negara kita mempunyai kualiti yang baik sudah tentu negara juga akan berada dalam posisi yang baik dimata dunia. Bak kata pepatah, ‘tidak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata’ . Namun, dalam pada masa yang sama masyarakat juga sewajarnya bijak menghadkan penggunaan media baru bagi mengelakkan kecuaian berlaku.  Maka  dengan itu jelaslah, bahawa media baru merupakan medium yang amat berguna bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada generasi akan datang bagi membentuk masyarakat yang bersatu dan negara yang makin kukuh.